Thursday, October 18, 2018

Nokia 7.1


Setelah sekian lama menyepi,jenama yang satu ketika dahulu yang gah iaitu Nokia kini dengan keluaran barunya Nokia 7.1.Setelah beberapa model smarphone keluarannya mendapat sambutan yang memberangsangkan tahun lalu dan awal tahun ini.Nokia,baru-baru ini telah memasarkan peranti pintar terbarunya(Bulan ini-Oktober).



  • Resolusi skrin 1080x2280
  • 3GB RAM/32GB ROM(+400GB)
  • 12MP+5MP(Primary)/8MP(Front)
  • 3060mAh bateri
  • 1.8GHz Octa-core/Qualcomm Snapdragon 636

Wednesday, October 17, 2018

Huawei Mate 20


Syarikat Huawei telah melancarkan model telefon pintar terbaru pada 16 Oktober yang lalu dan dijangka menembusi pasaran negara(Malaysia) pada 27 Oktober nanti.Huawei Mate 20 mempunyai 4 keluaran berbeza dengan perisian yang berbeza.Tapi kali ini saya hanya menfokuskan kepada satu keluaran sahaja iaitu Huawei Mate 20


  • 4GB RAM/128GB ROM(+256GB)
  • Kamera 16MP+16MP+8MP(Rear camera)/24MP Front Camera
  • 4000mAh bateri
  • 6.53 inc display
  • Resolusi sebanyak 1080x2244
Harga pasaran di Malaysia dijangka RM1500-RM3000.

Sunday, October 14, 2018

Asus ROG

Asus ROG merupakan smartphone yang direka khas bagi penggemar permainan video atau gamers.
Walaupun baru bulan ini(Oktober) peranti yang super awesome ini menembusi pasaran di negara kita Malaysia.Asus ROG ini telah pun popular dalam kalangan gamers tegar.Ini kerana spek atau ciri-ciri yang ada pada smartphone ini membuatkan semua cair ditambah dengan rekabentuk yang unik dan menarik.Mari kita lihat beberapa ciri yang ada pada Asus ROG.

  • Dilengkapi dengan resolusi sebanyak 1080 piksel dengan 2160 piksel.
  • Dijana dengan prosessor 2.96GHz Octa-core dan mempunyai 8GB RAM.
  • Mempunyai 512GB internal storage!
  • 4000mAh bateri
  • 12MP+8MP kamera utama dan 8MP kamera untuk berselfie
Awesome kan?Walaupun harganya agak mahal(RM 3000-4000) daripada smartphone yang lain tapi berbaloi untuk dimiliki bagi gamers tegar.Sampai disini saja untuk kali ini,byee!




Xiaomi Poco F1

Syarikat Xiaomi telah melancarkan telefon pintar terbaru yang diberi nama Poco F1.Telefon pintar ini dengan jayanya dilancarkan ke dalam pasaran pada Ogos yang lalu.Poco F1 ini menampilkan beberapa ciri-ciri peranti pintar yang membuatkan para pengguna ingin memilikinya.Mari kita lihat ciri-ciri yang ada pada smartphone keluaran Xiaomi ini.



Poco F1 keluar dengan skrin sentuh 6.18 inci dengan resolusi sebanyak 1080 piksel dengan 2246 piksel.Melihat kepada perisian hardware,peranti ini dilengkapi dengan prosessor 2.8GHz octa-core dan mempunyai 6GB RAM.Disertakan juga dengan internal storage 64GB dan boleh ditambah sehingga 256GB via microSD.

   Poco F1 juga dilengkapi dengan 12MP(f/1.9,1.4-micron)+5MP(f/2.0,1.12-micron) sebagai kamera utama dan 20MP kamera depan untuk berselfie.

Peranti pintar ini bersaiz 155.50x75.20x8.80(tinggi X lebar X ketebalan) dan beratnya sebanyak182.00 grams.Poco F1 juga mempunyai bateri tahan lama iaitu 4000mAh.

Akhir sekali,Poco F1 dilengkapi dengan dual SIM yang menerima Micro-SIM dan Nano-SIM.Perhubungan(Connectivity) termasukWi-Fi,GPS,Bluetooth,Infrared,USB type-C,FM,3G dan 4G.Peranti juga mempunayai  sensor capjari,sensor muka dan beberapa ciri lain.



Wednesday, October 10, 2018

Vivo V11

 Vivo V11 telah keluar di pasaran sekarang dengan rekabentuk yang menarik serta mempersona.Telefon pintar keluaran Vivo ini lengkap dengan kemudahan/features yang dapat menarik pelanggan-pelanggan untuk memilikinya.Jadi apa tunggu lagi habiskan duit poket anda untuk memiliki telefon Vivo V11 ini!











  • Set kamera yang baik
  • Storage yang bagus
  • Pembesar suara di hadapan




Vivo V11 dilengkapi dengan paparan 6.41 inch FHD dan mempunyai resolusi skrin 1080x2280 piksel.Ia juga mempunyai ketumpatan piksel yang baik iaitu 402 PPI dengan kehadiran FHD+paparan yang mempesonakan.Lebih-lebih lagi,ia dilengkapi dengan Corning Gorilla Glass yang melindungi peranti ini daripada kerosakan teruk.

Bila bercakap tentang telefon pintar,pelanggan selalunya memerlukan prestasi peranti yang baik.
Jangan risau kerana Vivo V11 dilengkapi dengan Dual Quad-core 2.2GHz+1.8GHz prossesor digandingi dengan 6GB RAM.Selain itu,ia dilengkapi dengan chipset yang terbaik Qualcomm MSM8956 Snapdragon 660,bagi mengekalkan prestasi peranti.Malahan,Vivo V11 juga mempunyai grapik prosessor Andreno 512 bagi penggemar permainan video.

Telefon pintar ini juga mempunyai bateri 3400mAh Li-ion.Ia juga dilengkapi dengan 64GB kapasiti storage dan boleh ditambah sehingga 256GB kapasiti storage.Bagi kemudahan kamera pula,anda boleh berselfie sampai lebam kerana peranti ini dilengkapi dengan kamera berkembar,12MP+5MP.Jadi gambar yang diambil nampak cantik dan menarik.


Apa yang mengagumkan bagi penggemar selfie kerana peranti ini dilengkapi dengan kamera depan(Front Camera)25MP yang membuatkan diri anda terasa cantik dan handsome sepanjang masa apabila berselfie.


Bagi kemudahan perhubungan ialah Wi-Fi 802.11,b/g/n,mobile hotspot,bluetooth v5.0 dan GPS




Apa tunggu lagi!Dapatkan segera


 

About

Ini adalah weblog dummy sahaja bagi tugasan Weblog Universiti Malaysia Kelantan